Cara Buat eBook PDF Guna AI [Jual Buat Duit]
Ok, straight to the point. Kalau nak belajar cara buat eBook guna AI, lepas tu jual untuk buat duit online, baca post ni.
Saya share macam mana saya buat eBook yang boleh jana sampai RM30,000 sebulan jualan.

Kalau anda ada skill, ilmu dan kemahiran yang orang lain sanggup bayar untuk belajar, anda pun boleh buat duit dari eBook. Jom tukarkan idea anda menjadi eBook dan buat income passive online!
Cara Membuat eBook Pantas & Mudah
| Proses | Nota |
| Objektif & Tajuk | – Tentukan Objektif: Apa yang anda mahu pembaca capai? – Reka Tajuk Berdasarkan Objektif |
| Rangka (Guna AI) | – Gunakan ChatGPT atau AI lain untuk dapatkan rangka eBook. – Salin rangka dalam dokumen (Microsoft Word atau Google Docs). |
| Isi & Transkrip (Guna AI) | – Gunakan AI untuk mengembangkan isi berdasarkan rangka. – Minta penulisan dalam Bahasa Melayu. |
| Cover (Canva) | – Gunakan Canva untuk reka bentuk cover yang simple. – Muat turun dan masukkan cover dalam dokumen eBook. |
| Jadikan PDF | – Pilih ‘Save As PDF’ pada word processor untuk menjadikan dokumen dalam format PDF. |
| Upload di Platform (Google Drive) | – Muat naik eBook PDF di Google Drive atau platform lain untuk akses mudah oleh pembaca. |
| Promosi & Jualan | – Pasif: Cari publisher, terima royalti. – Aktif: Promosi sendiri di media sosial, FB Ads, atau platform seperti Shopee. |
eBook Digital Jenis Apa Senang Buat Duit?
Now, to be clear, eBook ni buku digital, ebuku, buku maya.
Maksudnya, ebook ni tak cetak atas kertas, tapi diterbitkan sebagai sebuah fail digital – biasanya fail PDF. Bukan buku sebenar yang anda boleh pegang guna tangan.
Bila sebut pasal eBook, ada dua jenis kandungan utama – fiksyen, dan bukan-fiksyen.
- Fiksyen – Buku cerita. Yang laris ni biasanya novel-novel cinta atau cerita kanak-kanak.
- Bukan Fiksyen – eBook kandungan fakta. Biasanya tentang menyelesaikan sesuatu masalah, berkongsi tips etc.
Dari pengalaman saya, ebook bukan fiksyen lebih senang dijual, terutamanya jika ebook tu memberi penyelesaian kepada pembaca. Idea untuk eBook boleh datang dari pengalaman, ilmu, atau best-sellers list kat bookstore.
Dalam post ni, saya fokus macam mana anda boleh hasilkan eBook yang macam ni, step-by-step process.
Jom.

Objektif & Tajuk
Mulakan dengan objektif. Tentukan tujuan anda menulis eBook ni. Apa yang anda nak pembaca capai?
Boleh fikirkan guna template ayat ni:
Bila dah habis baca ebook, pembaca akan dapat [ilmu apa, buat apa]
Contoh:
- Bila dah habis baca ebook, pembaca akan tahu 5 senaman untuk menaikkan otot lengan.
- Pembaca juga akan tahu cara melaksanakan 5 senaman ni dengan betul.
Bila objektif dah jelas, boleh tukarkan objektif menjadi tajuk ebook.
Rangka [Guna AI]
Bila dah ada tajuk, boleh start bina rangka. Untuk rangka, boleh minta cadangan dari AI.
Boleh ke ChatGPT, dan arahkan ChatGPT untuk cadangkan 3 bentuk rangka, berdasarkan tajuk ebook yang anda dah fikirkan tadi.
Masa bagi arahan, pastikan anda mengarah ChatGPT untuk menulis respon dalam Bahasa Melayu. Kalau tak, boleh terkeluar Indonesia.
Tengok cadangan rangka, buat adjustment dan copy paste rangka tu dalam word document – Microsoft Word atau Google Docs contohnya.

Isi & Transkrip [Guna AI]
Bila dah ada rangka, sekarang boleh mula menulis isi ebook. Sekali lagi, anda boleh tulis sendiri, atau guna AI.
Boleh ke ChatGPT, bagi arahan untuk huraikan isi rangka dengan kandungan bersesuaian. Masa menulis arahan, pastikan anda:
- Minta ChatGPT hasilkan tulisan dalam Bahasa Melayu.
- Bagi anggaran perkataan untuk huraian.
- Huraikan sub-tajuk jika ada.
Baca tulisan yang terjana, masukkan teks dan gambar dalam word document. Buat adjustment dekat layout, font dan struktur, bagi eBook senang baca.
Tambahkan notis hak cipta, dan apa-apa informasi penerbitan yang sesuai.
Buat Cover [Canva]
Next step dalam menerbitkan ebook impian anda adalah buat cover. Untuk ni, anda boleh ke Canva. guna yang versi free sahaja.
Boleh ke tempate eBook cover, dan pilih mana-mana satu yang anda suka.
Tak perlu eBook cover yang terlalu design, simple-simple dah. Orang lebih berminat dengan kandungan anda dalam eBook, bukan cover.
Dah selesai, download sebagai gambar, letakkan dekat word document . Page depan, dan page akhir.

Jadikan PDF
Proses cipta eBook sekarang dah hampir siap. Sekarang, anda jadikan eBook dalam format PDF, supaya senang dibaca pembaca dekat phone.
Yang ni, anda hanya perlu ke ruangan file, dan pilih ‘Save As PDF’, word processor anda akan jadikan eBook dalam fail tersebut dan ebook PDF anda kini siap!
Anda juga boleh guna penukar PDF, atau aplikasi online yang lain jika perlu.
Kalau nak, boleh tukarkan jadi eBook interaktif, guna fliphtml5, atau Anyflip. Tapi saya lebih suka PDF, sebab simple.
Upload Di Platform[Google Drive]
Sekarang, upload atau muat naik eBook dalam talian. Ni supaya pembaca boleh download setelah membeli eBook anda.
Untuk tujuan ni, gunakan yang free je – Google Drive. Kalau nak guna Dropbox atau apa-apa file storage system lain pun boleh.
Promote & Jual eBook Anda
Now, langkah yang menarik – menjual ebook. Sebab buat duit 💵💵💵.
Yang ni, anda ada beberapa pilihan:
- Jual Cara Pasif: cari publisher, dan minta terbitkan dan jualkan eBook anda. Akan akan menerima royalti untuk setiap penjualan.
- Jual Cara Aktif: untuk cara aktif, anda promote dan jual eBook sendiri. Boleh guna FB Ads, social media, atau letak di Shopee.
Your Next Step: Cara Buat eBook
Ini sepintas lalu proses buat dan menjual eBook anda. Sekarang anda dah tahu cara buat ebook dan jual, dan buat duit cepat.
Nak kata susah, tak, tapi nak kata senang boleh siap dalam 10 minit, tak juga.
Kuncinya adalah untuk dapatkan bimbingan yang tepat, untuk menyenangkan proses pembikinan eBook.
Jika anda nak tukarkan idea dan ilmu anda menjadi eBook dan buat duit online, boleh tengok eBook Panduan Buat Duit Dengan eBook saya. Saya share dengan lebih teliti proses buat, terbit dan jual eBook di sana.

Ph.D | Multiple 7-Figure Online marketer | Suka Kopi & Moto Besar |


