Capai Target

Capai Target Tahun 2025 Dengan Sistem SMART Ni.

Dah nak masuk 2025. Dah fikir tahun depan nak capai target apa tak? Kalau belum, its time to start.

Now, set goal tu set goal, tapi macam nak nak set goal dengan betul?

Goals yang betul adalah goals yang SMART. SMART ni akronim yang merujuk kepada 5 perkara ni – Specific, Measurable, Attainable, Relevent, Time-Bound.

Jom kita cerakin lima elemen ni.

S – Spesifik

Goal yang spesifik memudahkan awak untuk focus, dan capai target tu.

capai target

Contohnya, katalah awak nak lebih ‘cantik dan menarik’. Masalahnya cantik dan menarik ni terlalu general.

Tapi cantik dan menarik ni biasanya orang yang badan langsing. So maybe goals awak tu boleh spesifikan menjadi…

“tahun ni saya nak capai BMI 23.”

Bila targer dan clear macam ni, senang nak nak kejar?

M – Measurable / Boleh Ukur

Goals yang baik adalah goals yang boleh diukur dengan jelas. Yang ni pun related dengan elemen S – spesifik.

Bila sasaran tu boleh diukur, awak boleh track progress, dan pada penghujung tahun tu, decide kalau awak capai tak target tu.

Kita ambil contoh bisnes. Katalah awak nak grow side-hustle online business, untuk buat duit online.

Nak grow banyak mana? Nak ukur macam mana? guna jumlah sale? peratus? Kena set betul-betul.

Biasanya, untuk saya, saya guna angka. Sebab angka ni hitam putih, tak boleh lari. Kalau capai, capai, kalau tak capai, gagal.

Some examples:

  • Tahun ni saya nak jana RM300,000 gross sales
  • Tahun ni saya nak gross profit side hustle matching dengan gaji kasar tahunan
  • Tahun ni saya nak launch 3 product baru.

Dengan goals macam ni, setiap suku tahun saya boleh track, dan tengok kalau masih on-track ke tak, kalau dah start ketinggalan, kena catch up!

A – Attainable

Masa set goal, memang semangat. Jadi set goal besar-besar. Last-last rasa macam tak mungkinlah boleh capai target, dan finally give up.

Goal tak tentu hala macam – “saya nak jadi multi-jutawan tahun ni”, sedangkan simpanan baru ada RM1,000.

Pendek kata, masa set goals ni, biar berpada. Biar logik.

Rujuk situasi anda sekarang, dan set untuk improve pada kadar yang munasabah.

Contohnya, kalau awak baru nak start online business, set lah target yang lebih ‘mesra newbie’ seperti

Bila goals lebih kecil, tak bermakna anda tak ada cita-cita ya. Cuma anda pecahkan sasaran besar kepada bahagian yang lebih kecil dahulu.

R- Relevant (Berkaitan)

Goals yang awak nak set mesti selari dengan nilai dan keperluan awak.

Kalau tak selari, goals tu jadi tak relevan, dan tak membantu anda mencapai apa yang awak nak dengan jelas.

Contohnya, awak ada bisnes jual supplement kesihatan, dan overall mission awak adalah kembangkan bisnes tu. Goals yang relevan adalah:

  • “Saya nak lancarkan produk baru yang sesuai untuk golongan umur 30-an.”
  • “Saya nak engage 50 influencer untuk promote Jamu Lutut Katang

Jangan pula tiba-tiba set goals seperti nak bina koleksi emas, nak buka kedai runcitlah, etc. Tak relevan!

T – Time-Bound / Kekangan Masa

In short, goals yang baik mesti ada deadline. Tak ada deadline, tak akan ada tekanan untuk capai target tu.

Tak ada tekanan, awak akan rileks-rileks, tak buat apa-apa. Last-last gagal.

Yang ni senang, just sasarkan untuk capai goals yang anda dah set sebelum 12 Disember tahun depan.

capai target

Contoh Goals Yang SMART

Ni saya sharekan goals yang SMART. Masa set goals awak tu, bolehlah rujuk-rujuk contoh sini.

Bisnes

Sebelum 31 Disember, saya nak:

  • Jana Jualan Kasar RM200,000
  • Launch 3 product baru
  • Ada 50 influencer promotekan product-product saya.

Kesihatan

Sebelum 31 Disember, saya nak:

  • Capai BMI 23
  • Naikkan muscle-mass ke XX KG

Kewangan

Sebelum 31 Disember, saya nak:

  • Buat caruman sukarela RM5000 masuk KWSP
  • Selesaikan hutang kereta

Capai Target Awak 2025 Ni Dengan SMART

Bila kita nak capai targer, pastikan kita set target yang SMART—Specific, Measurable, Attainable, Relevant, dan Time-Bound.

Dengan cara ni, matlamat awak akan jadi lebih jelas, mudah diukur, realistik, dan sesuai dengan apa yang awak nak capai.

Saya faham, kadang-kadang kita teruja nak set target besar, tapi penting untuk pecahkan matlamat tu kepada langkah kecil yang awak boleh buat satu per satu.

Jangan lupa, letak deadline supaya awak ada motivasi nak teruskan usaha. Jom mula tulis matlamat awak sekarang!

Ph.D | Multiple 7-Figure Online marketer | Suka Kopi & Moto Besar |

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *