18 Cara Buat Duit Online: Bina Bisnes Online Guna Website, Youtube, etc.
Anda nak tahu cari buat duit online? Ok. Saya masuk straight to the point.
Cara buat duit online yang ‘boleh jalan’ pada 2025 ini adalah:
- YouTube
- Affiliate Marketing
- Buat eBook & Jual
- Jual Produk Fizikal (eCommerce)
- Dropshipping
- Service Freelancing, dan
- Banyak lagi.
Dalam artikel ni, saya kongsikan 18 cara buat duit online yang awak boleh cuba.
Banyak bisnes-bisnes ni anda boleh start dengan modal yang rendah, ada yang tak perlu kos langsung. Ada juga yang anda tak perlu kemahiran IT atau English yang tinggi.
Cara Buat Duit Online Jana Side Income Dari Internet
| Cara Jana Income Online | Nota |
|---|---|
| Affiliate Marketing | Daftar di program affiliate seperti Shopee atau Amazon, dan jana komisen melalui pautan affiliate. |
| Tulis Artikel dan Blog | Tulis artikel untuk laman web atau blog |
| Isi Survey Online | Jawab survey online melalui aplikasi, dan terima bayaran |
| YouTube | Buat video menarik di YouTube, jana pendapatan dari iklan dan sponsorship. |
| Jadi Freelancer | Gunakan kemahiran untuk dapat job freelance di platform seperti Fiverr dan Upwork. |
| TikTok | Cipta kandungan di TikTok, jana pendapatan melalui sponsorship atau affiliate. |
| Ecommerce | Jual produk di platform seperti Shopee dan Lazada, dengan fokus pada produk permintaan tinggi. |
| Kursus atau Kelas Online | Tawarkan kursus dalam kemahiran tertentu melalui platform seperti Udemy dan Skillshare. |
| Jual Gambar atau Grafik | Jual gambar atau grafik di laman seperti Shutterstock atau Canva, gunakan AI untuk bantu reka. |
| Dropshipping | Menjual barang tanpa simpan inventori, order dari supplier dan hantar terus ke pembeli. |
| Servis Run Ads | Run iklan untuk bisnes di platform seperti Facebook atau TikTok, sesuai jika ada kemahiran digital ads. |
| Influencer Media Sosial | Promosi produk sebagai influencer, jenama akan membayar untuk setiap promosi. |
| Servis Design & Buat Web Site | Design laman web untuk bisnes, menggunakan platform seperti Wix atau WordPress. |
| Buat & Jual eBook | Cipta dan jual eBook di platform seperti Amazon KDP, jual pengetahuan atau pengalaman anda. |
| Podcasting | Mulakan podcast dengan topik menarik, jana pendapatan dari iklan dan sponsorship. |
| Testing Produk atau Website | Uji produk atau laman web, beri maklum balas dan dibayar untuk tugasan tersebut. |
| Copywriting | Menulis copy untuk produk atau servis, sesuai bagi yang kreatif dan mahir sosial media. |
| Tengok Iklan | Tonton iklan atau video melalui aplikasi yang bayar berdasarkan tontonan. |
1. Affiliate Marketing
Affiliate marketing atau pemasaran afiliasi merupakan salah satu cara buat duit online yang popular.
Malahan, yang menariknya, ramai digital marketer yang popular pun banyak buat income dari affiliate marketing.
Untuk start, anda hanya perlu sertai program affiliate di Shopee, Lazada, atau Amazon. Lepas tu letakkan link affiliate (pautan affiliate) dalam media sosial korang seperti TikTok, YouTube, atau blog.
Setiap kali ada pembeli yang klik pautan tu dan buat pembelian, anda akan dapat komisen.
2. Tulis Artikel dan Blog
Korang yang suka menulis boleh jadikan hobi ni sebagai sumber pendapatan sampingan. Ramai syarikat yang perlukan artikel untuk laman web mereka.
Korang boleh cuba jadi penulis di website seperti Fiverr atau Upwork. Setiap artikel yang korang tulis akan dibayar mengikut jumlah perkataan atau kualiti penulisan.
Yang seronoknya, sekarang dengan AI, anda tak perlu English yang ‘power’ pun untuk buat bisnes ni. Saya sendiri pernah jana hampir RM300,000 dari menulis artikel, guna AI.
3. Isi Survey Online
Ada banyak aplikasi dan laman web yang tawarkan bayaran untuk jawab survey online. Antara website yang anda boleh cuba termasuklah:
- Toluna,
- Swagbucks, dan
- Opinion World.
Setiap survey yang anda jawab biasanya ambil masa 10 hingga 20 minit, dan cara ni sangat sesuai kalau anda nak buat duit dalam masa singkat.
Jawab survey ni mungkin tak beri hasil lumayan, tapi sangat mudah dan percuma.
4. Buat Duit Online Dengan YouTube Video
Kalau anda pandai bercakap di depan kamera atau suka buat video, anda boleh jadi content creator di YouTube. Buat video menarik seperti tutorial, tips, atau vlog harian korang dan upload.
Bila video anda mula dapat perhatian, anda boleh buat duit melalui iklan YouTube dan sponsorship. Silap-silap popular sakan macam Khairul Aming atau Nazz Abdullah!
5. Jadi Freelancer
Website seperti Fiverr dan Upwork boleh bantu anda dapat job freelance.
Kalau anda ada kemahiran dalam design grafik, penulisan, penterjemahan, atau coding, anda boleh tawarkan perkhidmatan anda di website-website ni.
Kalau tak ada skill IT yang hebat, boleh consider kerja yang lebih basic, seperti data entry, social media posts, dan yang sewaktu dengannya.
Setiap tugasan yang anda selesaikan akan dibayar, dan freelancing ni boleh jadi sumber pendapatan yang stabil.

6. Buat Duit Melalui TikTok
TikTok bukan sekadar tempat hiburan. TikTok ni juga boleh jadi cara buat duit online.
Anda boleh cipta kandungan menarik, tambah pengikut, dan mula buat duit melalui sponsorship atau dengan menjual produk affiliate.
Lagi-lagi, ramai orang sekarang suka gunakan TikTok sebagai tempat untuk promosi produk, jadi anda boleh buat live untuk jual produk.
7. Ecommerce
Laman web e-dagang seperti Shopee dan Lazada membolehkan anda menjual barang secara online. Anda boleh jual pelbagai barangan, dari:
- pakaian,
- alat elektronik, hingga
- barang keperluan harian.
Cara ni boleh jana pendapatan lumayan lagi-lagi kalau anda bijak cari produk yang ada permintaan tinggi.
Kalau nak cari barang, boleh order direct dari China untuk jimat kos, seperti dari Taobao, 1688, atau Pinduoduo.
8. Kursus atau Kelas Online
Kalau korang ada kemahiran tertentu, seperti bermain muzik, memasak, atau bahasa asing, korang boleh tawarkan kursus atau kelas online.
Website seperti Udemy dan Skillshare menyediakan ruang untuk korang memuat naik kursus sendiri. Anda hanya perlu cipta video yang menarik dan informatif, kemudian mula buat duit dari situ.
Kalau tak nak guna website-website ni, boleh buat secara direct di aplikasi seperti Zoom je.
9. Jual Gambar atau Reka Bentuk Grafik
Bagi yang minat dalam bidang fotografi atau design grafik, korang boleh jual hasil karya di website seperti:
- Shutterstock,
- Adobe Stock, atau
- Canva
Setiap kali gambar atau grafik anda dibeli, anda akan dapat bayaran. Anda juga tidak perlukan kemahiran design yang tinggi yang buat bisnes ni, gunakan AI untuk bantu jana gambar je.
10. Dropshipping
Dropshipping merupakan model perniagaan di mana korang menjual barang tanpa perlu simpan inventori.
Anda cuma perlu promote produk, ambil pesanan dan hantar order kepada supplier. Supplier akan hantar barang terus ke pembeli.
Saya sendiri dah jana sehingga RM500,000 dari Shopify Dropship. Cara saya sedikit berbeza, saya dropship dengan customer di US, dan supplier saya di China.

11. Servis Run Ads
Jika anda ada kemahiran dan digital ads, anda boleh offerkan servis ni. Anda bantu pemilik bisnes promosikan bisnes mereka dengan digital ads, dan kenakan bayaran atas khidmat anda.
Biasanya anda boleh tawarkan service untuk run:
- FB Ads,
- Google Ads, atau
- TikTok Ads.
Cara buat duit online ni mungkin agak teknikal, dan anda mungkin perlu belajar dari kursus dengan lebih teliti. Tapi kalau pandai buat, pendapatan yang terjana boleh tahan juga tu!
12. Influencer Media Sosial
Kalau anda ada pengikut yang ramai di media sosial seperti Instagram atau Twitter, korang boleh jadi influencer.
Banyak jenama sekarang berminat menghubungkan produk mereka dengan influencer untuk tujuan promosi.
Anda hanya perlu kerap muat naik gambar atau video tentang produk yang dipromosikan.
13. Perkhidmatan Design & Buat Laman Web
Dengan kemajuan teknologi, ramai peniaga memerlukan laman web untuk bisnes mereka.
Kalau anda ada kemahiran dalam design laman web, anda boleh tawarkan perkhidmatan ni. Dengan sekali projek, korang boleh jana pendapatan lumayan.
Anda boleh buat website yang lebih simple dengan platform seperti Wix. Tapi untuk website yang lebih customizable, WordPress masih adalah pilihan terbaik.
Platform seperti Fiverr dan Upwork pun ada banyak peluang untuk anda cari job freelance web designer.
14. Buat Duit Online Dengan eBook
Suka menulis dan ada ilmu atau pengalaman yang bermanfaat? Anda boleh cipta dan jual eBook.
Kalau eBook anda dalam English, anda boleh jual di banyak tempat – Amazon Kindle Publishing (KDP), atau Blurb adalah tempat popular. Kalau eBook Bahasa Melayu, anda boleh consider platform seperti Klikjer.
Saya sendiri dah berjaya jana jualan multiple 6-angka dengan eBook di Malaysia – So saya boleh jamin yang eBook memang salah satu cara buat duit online yang ‘boleh jalan’!
15. Podcasting
Podcasting semakin popular. Dari Keluar Sekejap, sehinggalah Malam Seram atau Kopitiam Session. Kalau anda suka bercerita atau bincang topik menarik, anda boleh mulakan podcast.
Income dari podcasting boleh datang dari iklan yang diletakkan dalam podcast atau sponsorship. Apa yang penting, pastikan podcast anda ada isi kandungan yang menarik!
16. Testing Produk atau Website
Ada syarikat yang perlukan pendapat pengguna tentang produk atau laman web mereka.
Anda boleh join platform seperti UserTesting di mana anda akan diberi tugasan untuk semak dan layari laman web atau aplikasi. Untuk setiap tugasan harian anda, anda dibayar!
Anda cuma perlu semak kelayakan sebelum menyertai dan jawab beberapa soalan sebagai feedback.
17. Penulis Kandungan atau Copywriting
Copywriting adalah seni menulis yang boleh memujuk orang membeli produk atau perkhidmatan.
Jika anda mempunyai kemahiran, atau minat menulis dan suka menambah kreativiti dalam penulisan, boleh pertimbangkan untuk jadi copywriter.
Copywriting ni juga sesuai untuk anda yang mahir dengan media sosial kerana ia sangat membantu dalam promosi produk atau servis.

18. Tengok Kandungan Iklan
Ada aplikasi yang akan bayar anda untuk menonton video atau iklan. Aplikasi macam ni biasanya bayar anda berdasarkan jumlah tontonan yang dikumpulkan.
Jadi, kalau anda ada masa lapang, ini boleh jadi cara buat duit online yang mudah.
Cuma, pastikan anda luangkan masa untuk tengok iklan-iklan tu betul-betul, dan pilih aplikasi yang berlesen.
Buat Duit Online: Jadi Golongan Yang Jana Income Digital!
18 cara buat duit online ni taklah cover semua cara untuk jana income online – tapi saya rasa cukup untuk anda mula explore.
Cadangan saya adalah pergi study sedikit sebanyak setiap satu cara ni, pilih satu, dan fokus sampai nampak result. Jangan terperangkap dengan ‘shiny object syndrome’, dan nak cuba semua. Last-last tak ke mana!
Ph.D | Multiple 7-Figure Online marketer | Suka Kopi & Moto Besar |



